Pages

Tuesday, August 31, 2010

pinjam ye kak kaseh...

hmm, oleh kerana contest ni di alam maya, agak susah untuk kami nak beri cabaran fizikal kan...nak judge pun susah, sebab bukan depan mata...
lagi2 tengah puasa ni, jadi sebarang aktiviti fizikal atau pemantauan menu makanan agak sukar dibuat...Insyaallah, lepas raya atau semasa raya (MUAHAHAHA, GELAK JAHAT!) kami akan buat cabaran dalam bentuk fizikal, dan hasilnya kami cuma akan tengok dengan jumlah penurunan berat badan....

Oleh itu, cabaran yang pertama ini kami buat simple je...Bukan buat saja2, tetapi kami juga mahu beri benefit pada pembaca/pengikut blog TBL....

Cabarannya ialah....Baca betul2 ya....

ANDA SUDAH 2 BULAN MENYERTAI TBL BLOGGER MUSIM KEDUA...CERITAKAN PENGALAMAN SUKA-DUKA ANDA DAN APA YANG ANDA TELAH BUAT DALAM TEMPOH 2 BULAN TERSEBUT...GAYA PENCERITAAN ADALAH BEBAS...BOLEH JUGA LETAK GAMBAR (GAMBAR SENDIRI BUKAN GAMBAR GOOGLE)....CERITA ANDA AKAN DIPUBLISH DI BLOG TBL INI DAN BLOG DIARI XXL ...ANDA BOLEH SAMA ADA EMAIL CERITA ANDA ATAU POST CERITA ANDA DI DALAM BLOG ANDA...

Ada hadiah okehhhh....hehehe....Untuk pemenang pertama dan juga pemenang kedua...
Hadiah tak nak reveal sekarang...Bagi surprise sikit...hehehehehe...

Ok...Cara pemarkahannya ialah....

100% - Cerita

Peratusan cerita akan ditambah dengan peratusan penurunan berat badan untuk dapat total markah......Peserta yang naik berat badannya dan tidak update result , tidak layak untuk menang cabaran ini yeee!So, struggle hard ya...hehe... (jangan persoalkan cara pemberian markah..organizer tak mahu pening2 kan kepala...hehe)


TARIKH TUTUP CERITA : Submit before 1 SEPTEMBER 2010 (12.00am , 2 September tidak akan diterima)

2 comments:

  1. nnt sy buat esei ni yek...tgh mencari mood, lg pun b4 12.00am kn on 1st september

    ReplyDelete
  2. buat kak..jgn x buat..ehehe..best nk tau cite nie

    ReplyDelete