Pages

Monday, October 04, 2010

TBL S3 kali ni IKA plak...

TBL BLOGGER 3 : PENDAFTARAN DI BUKA SEKARANG

Salam semua...
Saya akan sambung kembali TBL Blogger musim yang ketiga..
Cuma kali ni, organizer telah bertukar dan tempat berlangsungnya acara ini pun ditukar ke blog Diari XXL...

Cara game dan syarat2nya juga bertukar sedikit dari sebelumnya...

1. Tiada yuran pendaftaran.

2. Hadiah mingguan tertakluk kepada sponsor yang datang..Kalau ada rezeki, ada lah..(Kecuali HADIAH FINAL BIGGEST LOSER)

3. Tiada denda wang berat naik atau lewat update result dikenakan..Kalau tak displin, sendiri merana laa kan..tak dapat laa rasa hadiah final kan...hehe..

***

Ok...Berikut adalah info TBL Blogger 3..

1. Untuk pendaftaran, sila timbang berat anda pada AWAL PAGI HARI JUMAAT, 8 OKTOBER 2010...Email gambar timbangan tersebut berserta NICKNAME, ALAMAT BLOG (jika ada) dan NO. TELEFON ke zukawaii@gmail.com
-Pada 7 Oktober 2010, sila rujuk blog ini untuk ketahui dalam gambar penimbang nak kena ada apa..bukti gambar di ambil pada hari Jumaat.
-Sila timbang awal pagi selepas anda bangun dari tidur dan membuang..tanpa makan atau minum apa2, tanpa mandi...untuk mendapatkan berat yang PALING TEPAT...Sila buat kaedah ini bila-bila sahaja anda dikehendaki untuk timbang.

2. Apa jua cara anda untuk lose weight, adalah tidak dinilai oleh pihak penganjur...Tak kesah anda nak buat cara yang bagaimana atau produk apa yang anda pakai...Tetapi, segala apa perkara negatif yang terjadi pada anda, pihak penganjur TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB...

3. Peserta hendaklah komited dalam pertandingan ini...Hantar result tepat pada masanya...Mana-mana peserta yang komited dalam pertandingan ini akan mendapat 1 pack Excelerade setiap seorang (Hantar result tiap2 kali diminta dan hantar TEPAT pada waktunya)...

Hadiah juara TBL Blogger 3 akan ditaja oleh :

http://cucucamber.blogspot.com

dan saya sendiri...hehehehe...

Ok...rasanya itu sahaja...Kalau ada apa2, sila tanya saya ye..Terima kasih..

3 comments:

  1. huh aku nie susah sikit nak disiplin..tu yg susah nak join...adoyai...

    ReplyDelete
  2. thanx kak eynda

    ala t, ko dok komplen gemuk meh le join

    ReplyDelete