Pages

Showing posts with label Share. Show all posts
Showing posts with label Share. Show all posts

Wednesday, August 03, 2011

Mobile Phone is Your Life Saver

ni nk share info berguna
dpt dr KERTAS PEPERIKSAAN bdk2 ni (english paper)

There are a few things that can be done in times of grave emergencies. Your mobile phone can actually be a life saver or an emergency tool for survival. Check out the things you can do with it:

# 1 Emergency
The Emergency Number worldwide for mobile is 112. If you find yourself out of the coverage area of your mobile network and there is an emergency, dial 112 and the mobile will search any existing network to establish the emergency number for you, and interestingly this number 112 can be dialled even if the keypad is locked.

#2 Have you locked your keys in the car?
Does your car have remote keyless entry? This may come in handy someday and a good reason to own a cell phone. If you lock your keys in the car and the spare keys are at home, call someone at home on their mobile phone from your cell phone.
Hold your cell phone about a foot from your car door and have the person at your home press the unlock button, holding it near the mobile phone on their end. Your car will unlock.

#3 Hidden battery power
Imagine your mobile battery is very low. To activate, press the keys *3370#. Your mobile will restart with this reserve and the instrument will show a 50% increase in battery. This reserve will get charged when you charge your mobile next time.

#4 How to disable a stolen mobile phone?
a. check your mobile phone's serial number - press *#06#
b. copy the number and keep it safely
c. if the mobile was stolen...call your service provider and give them the serial number
d. the service provider will block the mobile phone - so it will be useless eventhough they changed the SIM Card



Wednesday, May 12, 2010

Panduan kasih sayang

salam,
maaf lama xde n3
asyik baca n komen org nye blog je
tp ari ni
kite ada sket ilmu nk share dgn kwn2 sume
dicedok dr email yg kite baca pg td:

Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI - Dr. Fadhilah Kamsah


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. (ya...betul tu)

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. (suami mmg xsuka dengo yg remeh temeh, tp isteri suka bercerita, dengo je le... apa salahnyekan)

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda. (yg ni, suami kite lbh handal bab kemas umah / kite PAKAR...SERAK RUMAH)

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya! (hu hu hu no komen)

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruhnya cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar tgk ASTRO dan kekenyangan macam maharaja. (kdg2 suami letih...kene le fhm, ye ke letih? dok ber fb sampai mlm bole plak!)

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan. (sangat sokong, tp kene tgk keadaan suami la...)

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak! (SGT SOKONG...sedih tau kempunan nanti)

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga). Dah tau member nak dtg suami kene la tolong kemas jugak! (not only that, klu nk berkumpul umah adik beradik ke, nk g jalan2 ke, pun kene le infm awal2..takut isteri pun ada plan lain...yg mgkn lebih penting dr agenda yg suami dh plan)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. (SGT SETUJU especially klu dpn org / fmly / kwn2 etc)

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? kalau isteri kentut depan suami mcm mana pulak? (xpe...bile suami jauh, kite akui kite rindu cara suami kentut kah kah kah SERIYES KITE RINDU CARA DIA KENTUT ESPECIALLY KT ANK2)

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau. (So i guess mak mertua bleh buat apa saja and cakap apa saja kat para suami ni, oh no...suami mesti ada harga diri gak pe....agak2 le)

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. (YG NI SGT2 SETUJU, nk mkn sedap kua le duit blanja dapur lebih ye...)

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami 'degil' tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong. (isteri mmg syg suami, klu ada berlian dlm mulut pun sanggup bg suami....)

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? (yg ni...NO KOMEN le he he he rasanye ini mmg fitrah org lelaki...)

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. (tgk keadaan suami, klu xpenat pasti suami akn mebantu)

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri. (perempuan dijadikan dr tulang rusuk kiri lelaki utk disayangi)

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat? (agaknye suami guna teori lelaki bole kawen 4)

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak? (adalah sgt betul...adik beradik sedarah pun belum tentu nk jaga suami yg sakit ingat tu)

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan. (@ least SMS / call klu dok jauh)

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti. (cakap elok2 mesti suami dengo nasihat / pendapat isteri)

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz. (BETUL)


22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali (YE BETUL)

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan
kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.. (YA SGT2 BETUL)

Allah s.w.t. berfirman

'Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu,
sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan'